MEMELUK, mengusap dan mencium singa bukan lagi angan-angan kerana kini orang ramai boleh membuat demikian di [b]Zoo Saleng[/b], Kulai, Johor.

Ini kerana konsep zoo milik persendirian itu sungguh unik dan haiwannya yang diperlihara sangat manja dan mesra kepada manusia.
Selain menjadi alternatif kepada Zoo Johor, Zoo Saleng boleh menjadi destinasi pilihan ramai untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Dengan bayaran RM12 bagi dewasa dan RM6 kanak-kanak, pengunjung pasti tidak dapat melupakan pengalaman indah yang sebelum ini hanya boleh diimpikan.
Biasanya, haiwan liar seperti harimau, singa dan beruang diletakkan di kandang besar, tetapi di Zoo Saleng, keadaan itu tidak berlaku sama sekali kerana hampir semua haiwan diletakkan di dalam kandang lebih kecil, lebih dekat bahkan pengunjung boleh memegangnya jika kakitangan zoo ada di kawasan berkenaan.
Pengurus dan pelatih haiwan di zoo berkenaan, J Sivapriyas, berkata keunikan zoo itu ialah pengunjung berpeluang mengusap, memeluk dan mencium, sekali gus bergambar dengan haiwan liar di situ.
Katanya, berbeza dengan zoo lain, semua haiwan yang dipelihara di Zoo Saleng atau nama asalnya Taman Ikan Tropika dan Arapaima jinak kerana dipelihara sejak kecil.
Selain itu, zoo ini membuat sejarah tersendiri apabila muncul zoo pertama mempunyai sepasang singa Afrika di negara ini berbanding zoo lain hanya seekor.
揚emilik zoo, Chai Sip Yee akan mendapatkan haiwan liar dari dalam dan luar negara sejak mereka masih kecil. Tujuannya untuk membiasakan haiwan berkenaan dengan orang ramai.
Apabila biasa dengan manusia, ia tidak akan terperanjat dan takut dengan kehadiran pengunjung, sekali gus mengelak berlaku perkara tidak diingini,� katanya.
22:11
mytech.my
Posted in: 
